Skip to content

TERHARU MELIHAT KEGIGIHAN SEORANG IBU TUNGGAL MEMBESARKAN 15 ORANG ANAK

August 12, 2011

Di dalam bulan Ramadhan yang mulia ini, Dewan Pemuda PAS Kawasan Titiwangsa turun padang dengan mengadakan pelbagai program kebajikan dengan menjadikan kelompok masyarakat miskin tegar sebagai kelompok sasaran untuk diberi bantuan. Ternyata, Parlimen Titiwangsa yang berada di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur masih kaya dengan golongan gelandangan dan terpinggir yang tergolong di dalam golongan miskin tegar.

Salah satu keluarga yang diziarahi oleh pemuda Titiwangsa adalah sebuah keluarga di Datuk Keramat, Kuala Lumpur. Keluarga besar ini ditanggung oleh seorang ibu tunggal bernama Zalina binti Kassan. Terkesan di jiwa pemuda melihat kegigihan beliau membesarkan 15 orang anaknya yang masih kecil dan bersekolah.

Beliau menetap di sebuah rumah kampung di sebelah stesen LRT Datuk Keramat, Keramat, Kuala Lumpur. Tidak disangka, dalam kepesatan ibu kota masih ada insan yang hidup dalam keadaan serba sederhananya.

Puan Zalina, yang menjadi ibu tunggal sejak 3 tahun lalu setelah kematian suaminya kerana sakit jantung, tidak mempunyai pendapatan tetap. Beliau hanya memperolehi zakat dari Baitul Mal sebanyak RM 500 sebulan disamping mengasuh beberapa orang anak jirannya. Dengan hasil pendapatan yang tidak seberapa itulah beliau membesarkan anak-anaknya serta menjaga ibunya yang sudah tua.

Anak-anaknya pula kesemuanya masih belajar dan belum bekerja. Bayangkan, bagaimana beliau mampu menampung kehidupan seharian keluarganya dengan pendapatan demikian. Rumah yang didiaminya kini adalah milik ibunya yang juga tinggal bersamanya.

Sebelum ini, Al-marhumah YB Dr Lo’lo’ Ghazali menjadikan Puan Zalina sebagai adik angkat dan selalu menziarahi beliau dan anak-anak selain memberi sumbangan memandangkan kesusahan hidup yang terpaksa Puan Zalina lalui.

Atas keprihatinan ini dan sebagai meneruskan usaha Al-Marhumah, DPPK Titiwangsa menghulurkan sedikit sumbangan agar mampu menampung kehidupan beliau sekeluarga. Selain beliau, ada lebih kurang 10 keluarga yang mengalami nasib yang sama. Ada yang terdiri dari OKU, ibu tunggal, miskin tegar, mengidap HIV, sakit dan lain-lain lagi yang kesemuanya akan cuba dibantu sempena Ramadhan tahun ini.

Justeru itu, DPPKT amat mengharapkan sumbangan orang ramai bagi menjayakan program sumbangan ‘Pemuda Prihatin’ tahun ini. Sumbangan boleh disalurkan ke akaun Bank Islam Malaysia Berhad melalui akaun Dana Kebajikan Pemuda Titiwangsa : 14041010075226.  Segala sumbangan didahului dengan ucapan terima kasih.

Disediakan oleh;

MOHD SHAHIR ABU HASSAN
Timbalan Ketua
Dewan Pemuda PAS Kawasan Titiwangsa

Advertisements
No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: