Skip to content

Siapa pengkhianat Islam?

May 5, 2011

Ayat di atas (Aali Imran:103) jelas meletakkan syarat utama untuk tidak berpecah belah ialah berpegang teguh dengan Tali Allah iaitu Al Quran atau Al Islam bukan bangsa atau warna kulit jauh sekali harta benda, pengaruh dan pangkat.-Nasruddin Hasan At-Tantawi Read more…

Jika benar Osama mati, saya doa keampunan untuknya

May 4, 2011

Apa pula tindakan Amerika Syarikat terhadap Israel yang terang-terang melakukan keganasan di bumi Palestin ? Bukan sahaja tidak bertindak, bahkan Amerikalah yang kuat menyokong Israel. Justeru, jika Osama dianggap sebagai pengganas, maka Israel lebih patut disebut sebagai ganas dan penyokongnya Amerika Syarikat juga tidak boleh lari dari digelar sebagai ganas. – Mursyidul Am PAS Read more…

8 penyakit yang boleh sembuh dengan berjalan kaki

May 4, 2011

Jika anda selama ini malas untuk berjalan , fikirkanlah kembali. Menurut satu kajian, berjalan boleh mengurangkan lapan jenis penyakit. Malah boleh menyembuhkan penyakit tanpa harus mengeluarkan wang. Mulai sekarang rajin-rajinlah berjalan dan rasakan manfaatnya. Berikut 8 jenis penyakit yang boleh disembuhkan dengan berjalan yang bertumpu pada kaki tersebut. Read more…

pas: eksklusif atau inklusif?

May 2, 2011

Nik Abduh Nik Abd Aziz

Salam Palestin,

Mungkin menarik untuk difahami, adakah PAS perlu berubah, daripada sebuah parti yang kelihatan eksklusif dan terbatas sifatnya kepada sebuah parti yang inklusif, terbuka dan lebih luas rangkumannya? Ramai daripada kalangan pemerhati, penganalisis dan pemain politik tanah air beranggapan ya, PAS perlu berubah ke arah itu. Terbaru, Prof Dr Abdul Aziz Bari mengulanginya sekali lagi dalam siri-siri kritikan pedasnya terhadap presiden PAS pasca pilihan raya umum 2008. Read more…

Populasi pelajar bertambah punca air UUM tidak cukup – Jurutera

April 26, 2011

ALOR SETAR – Bilangan populasi pelajar meningkat hampir sekali ganda dan kegagalan pengurusan Universiti Utara Malaysia(UUM) menaik taraf kemudahan infrastruktur dikenal pasti punca bekalan air universiti itu bermasalah.

Seorang jurutera perunding yang terlibat dalam pembinaan rekabentuk infrastruktur di UUM sekitar tahun 1989 berkata, objektif pembinaan universiti itu pada awalnya untuk menampung kapasiti pelajar tidak melebihi 18,000 orang, bagaimanapun peningkatan bilangan pelajar sehingga hampir 30,000 orang menyebabkan sistem bekalan air sedia ada gagal menampung keperluan mereka. Read more…

Jaga adab, jangan perlekeh dan burukkan pihak lain

April 22, 2011

Nazri Abdullah

KUALA LUMPUR, 22 April: Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) mengingatkan seluruh ahli PAS menjaga adab-adab jemaah sepanjang kempen pemilihan parti itu. Read more…

Kepimpinan : Beban Amanah bukan Kebanggaan

April 22, 2011

ALQIADAH : TAKLIF LAA TASYRIF

Kepimpinan adalah institusi terpenting bagi sebuah organisasi. Tidak ketinggalan bagi sebuah Gerakan Islam seperti Parti Islam Semalaysia (PAS).

Justeru itu , ia mestilah menjadi institusi yang paling kukuh dan mantap bagi memastikan dasar perjuangan dapat direalisasikan dengan baik dan menepati objektif serta matlamat perjuangan itu pula dapat dicapai dengan cemerlang. Read more…