Skip to content

JELASLAH BERLAKU PENYELEWENGAN SELAMA INI DALAM UNDI POS

August 19, 2011

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) merasa terkejut dengan pendedahan beberapa orang bekas anggota tentera berhubung penglibatan mereka dalam penyelewengan undi pos semasa berkhidmat dalam Angkatan Tentera Malaysia. Bagi DPPWP, pendedahan mereka membuktikan bahawa memang benar undi pos adalah suatu manipulasi bagi memenangkan UMNO-BN. Read more…

TERHARU MELIHAT KEGIGIHAN SEORANG IBU TUNGGAL MEMBESARKAN 15 ORANG ANAK

August 12, 2011

Di dalam bulan Ramadhan yang mulia ini, Dewan Pemuda PAS Kawasan Titiwangsa turun padang dengan mengadakan pelbagai program kebajikan dengan menjadikan kelompok masyarakat miskin tegar sebagai kelompok sasaran untuk diberi bantuan. Ternyata, Parlimen Titiwangsa yang berada di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur masih kaya dengan golongan gelandangan dan terpinggir yang tergolong di dalam golongan miskin tegar. Read more…

LAGI PENEMUAN PENGUNDI BERTINDIH DIKESAN DI PARLIMEN TITIWANGSA

August 12, 2011

Dewan Pemuda PAS Kawasan Titiwangsa (DPPKT) mendesak Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menjelaskan bagaimana boleh wujud beberapa orang pengundi bertindih di Parlimen Titiwangsa.

Bagi DPPK Titiwangsa, kesalahan ini sangat serius dan tidak boleh dipandang ringan. Jika ini merupakan suatu kecuaian, kecuaian ini sememangnya tidak boleh dimaafkan kerana ia boleh menyebabkan berlakunya penipuan dalam sistem pilihanraya di Malaysia. Read more…

Perjuangan Al-Marhumah YB Dr Lo’lo Perlu Diteruskan

July 18, 2011

Permata yang sukar dicari ganti

Dewan Pemuda PAS Kawasan Titiwangsa mengucapkan takziah di atas kembalinya Almarhumah YB Dr Lo’lo’ binti Hj Ghazali ke pangkuan Allah SWT semalam dan Alhamdulillah selamat dikebumikan jam 11.30 tengahari tadi.

Sememangnya pemergian beliau sangat dirasai oleh seluruh ahli Dewan Pemuda PAS Titiwangsa kerana peranan beliau yang sangat penting dalam perjuangan PAS di Titwangsa dan semestinya ia amat sukar dicari ganti.

Almarhumah YB Dr Lo’lo’ juga seorang yang gigih berjuang dan telah berjaya dengan segenap tenaga beliau melaksanakan amanah yang telah diberikan oleh rakyat kepadanya. Dan ini terbukti beliau telah berjaya menempatkan diri di hati masyarakat parlimen Titiwangsa khususnya selepas beliau diamanahkan sebagai wakil rakyat pada pilihanraya ke-12 yang lalu. Read more…

PENGAJARAN BERHARGA DARI BERSIH 2.0

July 13, 2011

Himpunan BERSIH 2.0 berjaya juga dilaksanakan pada 9 Julai 2011 yang lalu. Tarikh 9 Julai 2011 pasti akan terpahat dalam sejarah, kerana rakyat dari segenap pelusuk tanahair berani keluar menyatakan pendirian mereka. Meskipun diancam, diugut, disekat dan ditangkap, rakyat sedikitpun tidak gentar dengan pelbagai halangan ini. Puluhan ribu, bahkan sesetengah penganalisis meletakkan angka ratusan ribu rakyat membanjiri ibu kota untuk bersama-sama berhimpun dalam himpunan BERSIH 2.0. Read more…

MU menang gelaran ke-19

May 14, 2011

Manchester United menjadi pasukan paling  paling berjaya dalam sejarah liga bola sepak Inggeris apabila memenangi gelaran ke-19 mengatasi rekod Liverpool yang pernah memenanginya  sebanyak 18 kali. Read more…

Adakah PAS perlu mendukung kemungkaran Umno?

May 6, 2011

“Islam sendiri melihat penyatuan Islam melampaui kaum, dan seruan penyatuan universal di atas nama Islam inilah telah berjaya merobohkan asaniyah qaumiyah yang selama ini menjadi penghalang kepada pembanguan sesebuah negara, dan terutamanya bilamana sesuatu kaum merasa cemburu di atas kejayaan kaum lain” – Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man Read more…

Siapa pengkhianat Islam?

May 5, 2011

Ayat di atas (Aali Imran:103) jelas meletakkan syarat utama untuk tidak berpecah belah ialah berpegang teguh dengan Tali Allah iaitu Al Quran atau Al Islam bukan bangsa atau warna kulit jauh sekali harta benda, pengaruh dan pangkat.-Nasruddin Hasan At-Tantawi Read more…

Jika benar Osama mati, saya doa keampunan untuknya

May 4, 2011

Apa pula tindakan Amerika Syarikat terhadap Israel yang terang-terang melakukan keganasan di bumi Palestin ? Bukan sahaja tidak bertindak, bahkan Amerikalah yang kuat menyokong Israel. Justeru, jika Osama dianggap sebagai pengganas, maka Israel lebih patut disebut sebagai ganas dan penyokongnya Amerika Syarikat juga tidak boleh lari dari digelar sebagai ganas. – Mursyidul Am PAS Read more…

8 penyakit yang boleh sembuh dengan berjalan kaki

May 4, 2011

Jika anda selama ini malas untuk berjalan , fikirkanlah kembali. Menurut satu kajian, berjalan boleh mengurangkan lapan jenis penyakit. Malah boleh menyembuhkan penyakit tanpa harus mengeluarkan wang. Mulai sekarang rajin-rajinlah berjalan dan rasakan manfaatnya. Berikut 8 jenis penyakit yang boleh disembuhkan dengan berjalan yang bertumpu pada kaki tersebut. Read more…